Header Ads

Setiap Seekor Lembu Di India Diwajibkan Punyai Kad Pengenalan Diri

Kad pengenalan diri selama ini hanya dimiliki oleh manusia sahaja tetapi kini tidak lagi kerana di India, setiap seekor lembu yang ada di negara itu diwajibkan mempunyai kad pengenalan diri yang diperintahkan oleh pemerintah India.


Idea berkenaan datangnya daripada Perdana Menteri India, Narendra Modi yang memerintahkan 12 digit standard angka pengenalan diri untuk setiap lembu di negara itu yang mempunyai kira-kira 88 juta ekor kesemuanya di seluruh India.

Terkini, 100,000 orang telah ditugas untuk memasang tanda atau label yang berwarna kuning di setiap telinga lembu di setiap negeri di India. Langkah tersebut adalah sebagai satu usaha untuk peningkatan penghasilan dan pendapatan dalam insdustri susu ternakan pada tahun 2022 nanti.

Setiap pemilik lembu diwajibkan memegang kad identiti binatang ternakan itu. Dokumen rasmi berkenaan digunakan untuk menjejaki kesemua kegiatan lembu serta memberikan informasi berkaitan denga waktu pemberian vaksin.


Agak menarik apabila waktu kelahiran anak dan juga kitaran perkahwinan juga akan diberi pemantauan. Tujuannya agar pendekatan secara saintifik mampu diterapkan demi untuk mendapatkan baka terbaik dan peningkatan kualiti pengeluaran susu.

Sumber

No comments

Powered by Blogger.