Header Ads

Suami Isteri Kecewa Hadapi Insiden ISLAMOPHOBIA Di Australia


Sungguh tak sangka apabila masih lagi ada manusia yang punyai tanggapan negatif terhadap agama Islam malah rela bertindak ganas semata-mata kerana tidak suka melihat seorang wanita Islam berniqab dan berhijab, lapor Sinar Harian

Satu pasangan suami isteri telah menghadapi peristiwa yang amat menakutkan kerana isu Islamophobia di University Macquarie, Sydney, Australia.

Seorang pemilik akaun facebook Ramzy Alamudi telah berkongsi cerita dan videonya berkaitan dengan insiden yang tidak disangka-sangka itu di mana seorang wanita dengan beraninya menyerang mereka hanya disebabkan penutup muka iaitu niqab.

Menurut Ramzy, dia dan isterinya rancak bersembang menuju ke keretanya dan seorang wanita sedang memerhatikan gerak geri mereka dari jauh dengan pandangan yang bengis.

Setelah masuk ke dalam kereta, isteri Ramzy melambai ke arah wanita berkenaan dan secara tiba-tiba wanita itu memberikan isyarat lucah dan memekik dan menyuruh isterinya membuka niqabnya.

Kata Ramzy lagi, dia dan isterinya tidak mahu menghiraukan wanita berkenaan dan cuba untuk berbincang dengan baik namun wanita itu bertindak agresif dan mencuba rosakkan keretanya. Apabila dia cuba patahkan wiper kereta, pada masa itulah saya membuat panggilan kepada sekuriti.

Bagaimanapun, Ramzy dan isterinya merasa amat terkilan kerana isu Islamophobia yang semakin berleluasa pada masa kini akan boleh menyebabkan ramai orang Islam akan menjadi mangsa.

“Malang sekali untuk insiden Islamophobia sebegini tidak hanya diasingkan kepada satu individu sahaja sebaliknya ia bersifat menyeluruh dalam masyarakat kita ditambah lagi dengan propaganda sesetengah media dan juga ahli politik.

“Selain itu, tujuan saya memuat naik video insiden ini adalah untuk meningkatkan kesedaran ramai dan bukanlah untuk memburukkan keadaan,” tulisnya.

Perkara itu kini sedang disiasat oleh polis NSW dan pasangan tersebut masih lagi dalam keadaan terkejut dan meminta agar privasi mereka dihormati.

Video Insiden Islamophobia
Video Saksi Yang Melihat Insiden Islamophobia
Sumber: Ramzy Alamudi

No comments

Powered by Blogger.