Header Ads

Sudahlah Kereta Rosak Tergamak Dia Menipu Saya Yang Dalam Kesusahan


Sabah - Apa yang anda rasa sekiranya di masa anda amat memerlukan dan mengharapkan pertolongan tetapi anda ditipu setelah anda menaruh kepercayaan kepadanya.

Itulah yang terjadi kepada seorang lelaki apabila keretanya rosak di tengah jalan raya di Jalan Kota Belud Sabah.

Menurut lelaki berkenaan yang telah memuat naik kisah ini di media sosial, semuanya bermula apabila keretanya rosak dan dia tidak tahu apakah punca kerosakan kereta berkenaan.

Tiba-tiba ada seorang lelaki telah menawarkan diri untuk menolong dan melihat kerosakan keretanya. Pada mulanya dia amat berterima kasih kerana lelaki berkenaan yang juga mengaku seorang mekanik kerana sudi menolongnya di saat dia amat memerlukan pertolongan yang amat sangat.

Selepas itu suspek mengatakan keretanya ada kerosakan dan perlu ditukar ganti. Lalu suspek menawarkan diri untuk membeli barang berkenaan di Pekan Tuaran kerana hanya di pekan saja ada dijual barang tersebut.

Lelaki itu bertanya kepada suspek berapa kos yang perlu dibayar untuk membeli barang itu. Suspek berkata hanya Rm50 lalu lelaki itu menghulurkan RM50 diikuti dengan RM30 untuk minyak motor suspek kerana dia menaiki motosikal.

Namun sehingga lebih dari 2 jam lelaki berkenaan menunggu, suspek tidak juga muncul sedangkan waktu perjalanan pergi dan balik ke Pekan Tuaran dengan lokasi keretanya rosak bukannya 2 jam.

Lelaki berkenaan tidak menyangka yang dia telah ditipu oleh suspek kerana jumlah RM80 terlalu kecil jika difikirkan andainya suspek ingin menipunya. Dia juga terasa serba salah untuk memanggil mekanik lain untuk membaiki keretanya kerana telah menyuruh suspek.



Apa yang ditunggu sebenarnya tidak pun kunjung tiba dan akhirnya dia beranggapan dirinya telah ditipu namun masih tertanya-tanya mengapa suspek tergamak menipu hanya kerana RM80?

Sehingga kini lelaki berkenaan masih memikirkan kenapa suspek menipunya dan dia juga telah memuat naik gambar suspek di media sosial dengan bertujuan ingin tahu apa sebenarnya berlaku kepada suspek.

Katanya, dia memohon orang ramai yang mengenali suspek dapat menghubungi, sekiranya suspek mempunyai sebab tertentu segeralah beritahu padanya kenapa dia tidak dapat datang semula ke tempat di mana keretanya rosak.

Kalau nak menipu setakat RM80 itu lebih baik meminta daripada menipu, ujarnya.

Sumber: Suhaimi Suhai

No comments

Powered by Blogger.