Header Ads

Terapi Minda Dan Rawatan Kulit Di Kolam Air Panas Sungai Serai Hulu Langat


Kuala Lumpur - Kunjungan ke Kolam Air Panas Sungai Serai, Batu 11, Hulu Langat, Selangor pastinya akan meninggalkan kenangan yang menarik kerana pengalaman seperti merasai kehangatan air panasnya jarang didapati di mana-mana yang sama sepertinya.

Pakej menarik yang disediakan amat sesuai dikunjungi bersama keluarga sambil beriadah santai dan segarkan badan dapat juga mencari ketenangan sementara untuk elakkan diri daripada kesibukan kota.

Lokasi kolam ini hanya 30 kilometer daripada pusat bandaraya dan laluan untuk ke lokasi ini tidaklah sukar. Jika pertama kali anda ke sini, perkhidmatan awam juga disediakan. Anda disarankan menggunakan aplikasi waze atau gps yang akan memudahkan perjalanan anda.


Kolam air panas ini amat menarik kerana dilengkapi bermacam kemudahan untuk para pengunjung antaranya gerai makan, tandas, tempat letak kereta yang selesa dan banyak lagi.

Kolam ini dibuka kepada orang ramai bermula jam 8 pagi hingga ke 10 malam. Kebanyakan pengunjung yang datang ke sini mempunyai niat masing-masing seperti untuk menyegarkan badan demi kesihatan dan juga untuk bersantai di hujung minggu bersama keluarga kerana kedamaian lokasi cantik ini sungguh mempesonakan umpama berada di kampung sendiri suasananya.

Menurut sumber yang dipercayai, kebaikan berendam di dalam kolam air panas adalah untuk kesihatan serta rawatan kulit dan juga terapi minda.






Sumber: Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.