Header Ads

Tragedi Bunga Api Meletup 10 Orang Didapati Cedera

Klang - Kegembiraan sambutan ambang tahun baru 2017 semalam bertukar menjadi tragedi dan kesedihan apabila bunga api tidak meletup di udara sebaliknya meletup di bawah berdekatan dengan orang ramai.


Menurut laporan Harian Metro, sekurang-kurangnya 10 orang pengunjung yang tercedera terkena percikan letupan bunga api ketika sambutan tahun baru di Kompleks Sukan Pandamaran dianjurkan.

Ketika pertunjukan letupan bunga api orang ramai secara tiba-tiba bertempiaran lari apabila bunga api meletup di atas tanah yang sepatutnya meletup di udara seperti kebiasaannya.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul, pihak Bomba dan Penyelamat yang bertugas telah bergegas ke tempat kejadian dan mendapati 10 mangsa yang cedera iaitu tujuh orang melecur di kaki dan tiga lagi mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampun Rahimah (HTAR) Klang untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.



Sumber: Harian Metro

Baca juga: Percikan Bunga Api Berdarah Di Pandamaran Klang

No comments

Powered by Blogger.