Header Ads

Tragedi Pagoh: Isteri Pemandu Bas Ekspres Langsung Tidak Ingat Tentang Kemalangan Itu

GEORGETOWN - "Saya langsung tidak ingat apa yang berlaku semasa kemalangan itu, kerana pada waktu itu saya memang sedang tidur," kata isteri kepada pemandu bas ekspres yang telah maut akibat kemalangan tragis di Pagoh pada 24 Disember lalu, Miyarseh Kemat.

kemalangan bas ekspres
Miyarseh Kemat, isteri pemandu bas ekspres. - Foto Ramdzan Masiam
Miyarseh kini telah dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) pada tanggal 28 Disember lalu.

Seperti yang dilaporkan Berita Harian, menurut Miyarseh, beliau hanya menemani suaminya, Zakeer Zubir, 32, kerana diberitahu akan tiada pemandu kedua dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Johor Bahru dan ke Kuala Lumpur. "Sepanjang perjalanan itu, memang tiada langsung pemandu kedua. Saya temankan suami adalah kerana permintaan dia.

"Apabila diberitahu tentang kemalangan itu saya rasa sangat sedih, tetapi reda dengan apa yang telah terjadi kepada suami dan anak kami, " katanya ketika ditemui di HPP, hari ini.

Kemalangan Bas Ekspres di Pagoh, Muar, Johor. - Foto Utusan Online
Terdahulu, Miyarseh menerima wang pampasan berjumlah RM1,500 dan wang pencen sebanyak RM1,300 yang akan diterima setiap bulan seumur hidup daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO ).

Sumbangan itu diserahkan Pengurus Pejabat PERKESO Pulau Pinang, Shaharuddin Waled. Dalam kejadian pada 24 Disember lalu, bas ekspres yang dipandu Zakeer terbabit dalam kemalangan di KM 137.3 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dan mengorbankan 14 nyawa.

Turut terkorban dalam kemalangan itu, anak bongsu Miyarseh dan Zakeer, Nur Natasha Zahara, berusia setahun.

Sumber: Berita Harian

Rujukan: 14 Maut Kemalangan Bas Di KM138 Lebuhraya PLUS Arah Utara Di Muar Johor

No comments

Powered by Blogger.