Header Ads

Video - Akibat Bengang Tayar Kereta Dikunci, Pemilik Kereta Mewah Mercedes Memukul Pengawal Keselamatan

JELUTONG, PULAU PINANG - Seorang pengawal keselamatan cedera apabila telah diserang oleh pemilik kereta mewah di sebuah bangunan Delima Palace Condominium.


Lelaki yang dikenali sebagai Ramaraj Thangaraj, 43, berkata dia diserang dalam kejadian pada jam 4.15 petang, 4 Januari lalu.

Mangsa mengalami kecederaan pada tangan kiri, pinggang, leher dan bahagian kepala akibat dipukul dengan alat pemotong besi.

Menurut mangsa, sebagai pihak keselamatan dia terpaksa menunaikan tanggungjawab dengan mengunci kenderaan pemilik kereta mewah berkenaan di atas sebab-sebab yang menyalahi undang-undang.

Terdahulu, mangsa telah menasihati lelaki terbabit kerana memotong alat yang mengunci tayar keretanya. "Saya beritahu dia jangan berbuat demikian dan panggil dia untuk berbincang. Tetapi dia tidak mahu berbincang, sebaliknya memukul saya dengan menggunakan alat pemotong besi itu."

Akibat bengang dengan nasihat mangsa dan tayar keretanya dikunci, lelaki berkenaan mengambil alat pemotong besi tersebut terus memukul mangsa.


"Semasa saya merekodkan kelakuannya dengan telefon, dia datang semula ke arah saya dan cuba merampas telefon bimbit, tetapi tidak berjaya. Dia kemudian memukul saya menggunakan tangan dan kakinya, selain dilemparkan dengan kata-kata kesat," katanya.

Menurut mangsa lagi, lelaki berkenaan juga telah mencabarnya untuk membuat laporan polis dan dia tidak takut dengan tindakan pihak berkuasa.

Akibat kejadian itu, Ramaraj telah membuat laporan polis di Balai Polis Jelutong semalam, jam 7.40 malam kerana bimbang dengan keselamatan dirinya terancam.

Sumber: David Marshel

No comments

Powered by Blogger.