Header Ads

Video - Dato Aliff Syukri Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Peniaga Kopiah - "Saya Janji Tak Buat Lagi"


Dato Aliff Syukri telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seorang peniaga kopiah yang kecewa di atas kenyataannya melalui satu program tv Oh Abang Kosmetik yang ditayangkan di Astro baru-baru ini.

Rentetan Peniaga Kopiah Jelaskan Perkara Sebenar Dakwa Diaibkan Datuk Aliff Syukri, Pengasas D'Herbs ini dengan wajah sedih dan seolah menyesali di atas apa yang telah berlaku, telah memohon maaf di atas kesilapannya itu menerusi laman instagram dan juga facebook rasminya.

Berikut adalah kenyataan Datuk Aliff Syukri:

"Assalamualaikum. Saya mengambil kesempatan ini, untuk membuat permohonan maaf secara terbuka atas apa yang telah terjadi. Terutama sekali kepada Saudara penjual Kopiah yang tersinggung dengan kenyataan saya dalam rancangan tersebut."

Dato Aliff mengucapkan ribuan terima kasihnya kepada semua yang telah banyak memberikan pendapat serta nasihat di atas kesilapannya. Dia seperti sangat menyesali di atas apa yang berlaku dan mengatakan ini adalah pengajaran untuk dirinya.

Menurut Dato Aliff dia amat berharap agar semua orang akan terus menyokong diri dan kerjayanya serta program Oh Abang Kosmetik. Dato Aliff sekali lagi mengulangi ucapan maaf yang tak terhingga kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau pun tidak langsung.

"Yang baik itu datang daripada Allah, dan yang kekurangan itu datang dari diri saya sendiri. Saya amat hargai sokongan moral anda semua." ujarnya dalam nada sedih dan kelihatan Dato Aliff seperti menangis.

Menurut penerangan Dato Aliff, dia terlambat memberikan komen balas di atas sebab kesibukkannya di lokasi pengembaraan kerana menjayakan filem lakonannya Badang.


No comments

Powered by Blogger.