Header Ads

Video - Dirasuk Selepas Baca Mesej Berantai Dari Whatsapp Dua Beradik Histeria

Tacna, Selatan Peru - Selepas menerima dan membaca mesej dari aplikasi whatsapp yang dikatakan mesej dari 'syaitan' dua gadis berusia 16 dan 13 tahun seperti dirasuk dan histeria.


Mereka dikatakan bercakap tanpa henti selepas membaca mesej dan keduanya telah dibawa ke hospital apabila keluarganya mendapati mereka meraung di rumah mereka di Tacna, Selatan Peru pada waktu pagi Jumaat lalu.

Dalam video berkenaan yang berdurasi 2 minit 15 saat itu, remaja berkenaan meraung apabila pegawai paramedik muncul untuk memberikan rawatan. Rakaman berkenaan menunjukkan kedua remaja tersebut berbaju tidur dan seolah mengalami penyakit sawan.

Menerusi laporan Diario Correo, Doktor di Hospital Hipolito Unanue menyatakan, kedua remaja berkenaan mengalami histeria apabila tiba di hospital.


Ibu mereka juga menyedari akan perubahan kedua remaja berkenaan lalu menyebarkan kes berkenaan kepada jiran-jirannya berkaitan dengan keadaan mereka selepas anak-anaknya membaca mesej berantai yang dikatakan dihantar daripada 'syaitan' itu.

Video Courtesy of Edwin Mamani



Sumber: Daily Mail

No comments

Powered by Blogger.