Header Ads

Wajah Siti Dan Datok K Digunakan Untuk Pelaris Jualan Ubat Kuat Tanpa Izin

KUALA LUMPUR – Wajah Siti Nurhaliza, penyanyi nombor satu negara bersama suaminya Datok Khalid Mohd Jiwa telah digunakan oleh satu syarikat pengeluar ubat kuat untuk melariskan produk mereka.


Siti Nurhaliza dikatakan akan segera mengambil tindakan undang-undang kepada peniaga yang mengunakan nama dan gambar mereka suami isteri tanpa izin dan kebenarannya.

Tindakan tersebut telah mengaibkan dirinya dan juga suami kerana iklan promosi berkaitan yang jelas muncul di laman Instagram pengguna dan setelah itu dipautkan dengan satu artikel yang memfitnah dan memalukan pasangan tersebut apabila dikaitkan dengan masalah mati pucuk.

Ini adalah satu kesalahan yang teramat besar dilakukan oleh peniaga berkenaan kerana mempromosikan barangan perangsang seks tanpa keizinan.



Sumber: Kosmo Online dan CTDK

No comments

Powered by Blogger.