Header Ads

Wang Palsu Dikeluarkan Dari Mesin ATM Dan Tidak Diterima Masuk Ke Mesin Deposit


Air Keroh, Melaka - Bagaimana wang palsu boleh dikeluarkan daripada mesin ATM? Pastinya duit palsu tidak diterima oleh mesin deposit kerana mempunyai ciri-ciri keselamatan. Tapi bagaimana wang palsu boleh diterima masuk ke ATM?

Hati-hati ye, mesin ATM pun tak selamat, keluarkan wang palsu, bank pun tak nak bertanggungjawab, kata Mohd Azwim Kamarulzaman melalui status facebooknya.

Mohd Azwim Kamarulzaman memberitahu, dia cuba memasukkan wang RM100 ke mesin deposit di sebuah bank, namun cubaannya gagal apabila wang berkenaan disahkan palsu.


Menurut Azwim, wang itu sebenarnya daripada mesin ATM di bank sama apabila selepas dikeluarkan dia ingin memasukkannya ke dalam mesin deposit tetapi gagal berbuat demikian.

Azwim juga telah melaporkan kepada pihak polis di Balai Polis Air Keroh berkaitan kejadian yang telah menimpanya dan menurut polis kes sebegitu sudah banyak berlaku.

Menurut Azwim lagi, dia juga telah diberitahu oleh pihak bank berkaitan dengan wang palsu tersebut. Pihak bank tidak bertanggungjawab dan mengatakan bukan pihak bank yang memasukkan wang palsu itu ke dalam mesin ATM tetapi ada pihak tertentu yang telah memasukkan wang palsu berkenaan.


Isteri kepada Mohd Azwim, Puan Noriha, juga memberitahu bahawa pihak bank tidak mahi bertanggunjawab di atas apa yang berlaku walaupun dia dan suaminya telah menerangkan wang berkenaan telah dikeluarkan daripada bank tersebut.

Pasangan ini tidak berpuas hati dan mengharapkan pihak bank berkenaan bertanggungjawab di atas apa yang berlaku. Puan Noriha juga berkata dia akan menutup akaunnya di bank berkenaan sekiranya tidak berpuashati dengan pengesahan daripada pengurus bank itu.

Anda perlu berhati-hati dengan pengeluaran wang RM100 di mesin ATM dan jangan kes sebegini akan berlaku kepada kita.

No comments

Powered by Blogger.