Header Ads

Wanita Bermotosikal Tanpa Seurat Benang Dalam Perjalanan Ke Lapangan Terbang

Pontianak, Kalimantan Barat - Gempar, seorang wanita didapati menunggang motosikal dalam keadaan tanpa berpakaian yang menyebabkan kekecohan berlaku di sini.


Menurut orang awam yang melihat kejadian berkenaan, wanita tersebut menunggang motosikal seorang diri tanpa pakaian dan mereka terpaksa menahannya serta menyerahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Menerusi laporan tribunnews.com, wanita berkenaan dikatakan 28 tahun itu berasal dari Sukabumim, Jawa Barat dan dikenali dengan singkatan nama R atau D.

Dia ditahan di jalan raya menuju ke Lapangan Terbang Supadio Pontianak.

Seorang kakitangan lapangan terbang, Fira Meydar mengesahkan kejadian berkenaan.

Menurut Fira, pihaknya menahan wanita terbabit pada 12.45 (waktu tempatan) tengah hari semalam.

Dalam keterangannya kepada polis, wanita itu berkata, dia bekerja di bandar Pontianak sejak setahun lalu dan menetap di rumah sewa.


Dalam pada itu, Fira berkata, dia dimaklumkan wanita terbabit sering merasa ketakutan sejak dua bulan lalu.

“Pada hari kejadian, dia keluar rumah dan menunggang motosikal dengan hanya memakai telekung. Tetapi dalam perjalanan itu, dia membuang telekungnya dan hanya berbogel sebelum ditahan oleh orang awam dan diserahkan kepada polis.

“Dia dikatakan memberitahu polis bahawa dia ingin membeli tiket kapal terbang untuk pulang ke Sukabumi,” kata Fira.

Sumber: Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.