Header Ads

Wanita Buat Rumahnya Sendiri Dengan Anak-Anak Hanya Tengok Tutorial Di Youtube

Tiada apa yang mustahil jika anda ingin belajar apa saja di Youtube. Ya, apa saja dan di mana saja hanya berpandukan Youtube, semuanya boleh jadi kenyataan jika anda mengikuti pembelajaran dengan betul.


Terkini, seorang wanita Cara Brookins telah mengejutkan dunia apabila membina rumahnya bersama anak-anaknya hanya berpandukan Youtube tanpa dibantu oleh orang lain. Hasilnya sangat menakjubkan.

Semuanya bermula apabila dua perkahwinan wanita ini gagal dan dia memikirkan bagaimana untuk memberikan rumah kepada anak-anaknya sebagai perlindungan sedangkan dia tidak mampu untuk membeli rumah.

Cara Brookins akhirnya membuat pinjaman hampir RM700,000 untuk pembelian bahan dan segala peralatan yang diperlukan untuk membina rumahnya sendiri.

Melalui gambar yang dipaparkan, memang sangat menakjubkan bagaimana seorang wanita yang memiliki 4 orang anak ini membina rumah sendiri tanpa bantuan orang lain. Hasilnya sungguh cantik, kemas dan menarik.











Sumber: Boredpanda

No comments

Powered by Blogger.