Header Ads

Wanita Cantik Pemandu Lori Sampah Tidak Kisah Jadi Perhatian Ramai

Alor Setar - Sangat jarang kita lihat wanita cantik membuat kerja-kerja berat yang selalunya hanya lelaki boleh buat. Kini tidak lagi, semakin ramai wanita menceburi bidang kerja yang biasanya dilakukan oleh lelaki.


Terbaru seorang wanita yang cantik molek, seorang pemandu lori, Effa Izahwati Mohd Hatta, 34, telah berkerja di syarikat pengurusan sisa pepejal Enviroment Idaman (E-Idaman).

Menurut Effa, dia telah mengendalikan tujuh jenis jentera berat milik syarikat di mana tempat dia berkerja. Jentera berat dengan berat yang melebihi 7 tan bersama dengan tayar 12 biji bukanlah sesuatu yang mudah bagi seorang wanita yang sinonim kaum yang lemah.

Dia yang mempunyai lesen B2, D, E dan H mengaku boleh mengendalikan kesemua jentera berat milik syarikat berkenaan. Dia juga pernah membawa lori sampah multipurpose armroll yang membawa muatan sampah dengan mengutip dari rumah ke rumah.

Kata Effa, pada peringkat permulaan dia agak segan dengan perkerjaan ini kerana dia seorang perempuan dan berkerja membawa lori, setiap kawasan yang dilaluinya akan menjadi perhatian masyarakat setempat.

Tapi sekarang dia sudah terbiasa dan mengaku amat menyukai perkerjaan ini serta telah jatuh cinta dengan jentera berat.

Sumber: Sinar Harian

No comments

Powered by Blogger.