Header Ads

Wanita Ini Hasilkan Lukisan Unik Dengan Ciuman Dan Lipstik

Lukisan yang dihasilkan menggunakan cat atau pensil warna adalah biasa di dunia ini. Tetapi jika melukis menggunakan ciuman dan gincu atau lipstik pastinya agak menghairankan dan unik kerana hasilnya amat menakjubkan.


Itulah yang dilakukan oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Alexis Fraser, seorang pelukis yang amat disegani kerana keunikannya yang tersendiri. Semua karyanya yang menggunakan kaedah ciuman dan lipstik telah dibeli oleh ramai orang yang meminatinya.

Dia akan mengambil masa yang agak lama untuk menghasilkan sesuatu karyanya jika lukisan berkenaan berskala besar. Alexis pernah melukis lukisan Marilyn Monroe pada tahun 2014 dan memerlukan masa yang lama iaitu selama 4 hari dan 2 batang lipstik telah digunakan untuk lukisan tersebut.

Berikut adalah hasil karya daripada Alexis Fraser yang amat menakjubkan:






Sumber: Odditycentral.com

No comments

Powered by Blogger.