Header Ads

Warga Tua Culik Budak Secara Pukau

Kuala Lumpur - Kes pukau semakin menjadi-menjadi sejak kebelakangan ini. Terkini, dikatakan kanak-kanak menjadi sasaran utama untuk mendapatkan organ serta menjualnya semula.
Kes penculikan kanak-kanak secara pukau telah pun berlaku baru-baru ini di sebuah kompleks membeli-belah dan suspek dikatakan seorang perempuan tua berbangsa Cina.

Kes terbaru yang dikongsikan oleh pemilik akaun laman sosial facebook, Anie Yanie Binti Suratman dengan jumlah perkongsian melebihi 7 ribu.

Katanya, wanita tua berkenaan akan menegur anak anda ketika anda sedang membeli belah. Perkataan yang biasa digunakan ialah "comelnya anak awak".

Menurut Anie Yanie, sekiranya wanita itu menegur, sila berhati-hati dan jangan pandang mukanya atau jawab semua pertanyaannya.

Dia berkata, seorang perempuan telah menjadi mangsa di kawasan Taman Desa. Suspek telah menegur seorang wanita dan wanita berkenaan meninggalkan tempat berkenaan dengan segera serta terus menghubungi suaminya kerana wanita berkenaan sudah tahu tentang kes pukau ini dan telah heboh katanya.

Apabila suspek menyedari wanita yang telah ditegurnya tadi, suspek dengan segera meninggalkan tempat kejadian.

Wanita itu bernasib baik walaupun telah dipukau kerana dia cuma pening-pening dan pengsan, manakala suaminya sempat sampai ke tempat kejadian, kata Anie Yanie lagi.

Melalui beberapa komen netizen di facebook, ada yang mengatakan semua cerita ini adalah fitnah semata-mata. Wanita tua berkaitan hanya warga tua yang kesunyian kerana tiada keluarga dan dikatakan anak-anaknya berada di luar negara. Dia sekadar menegur untuk menghilangkan rasa sunyi dan bosan tiada teman sembang.

UPDATE:
Kes ini telah pun dinafikan oleh pihak berkuasa melalui Utusan Malaysia. Menurut polis, tiada kes seumpama ini berlaku di Lembah Klang.

Walau apa sekalipun yang berlaku, kita semua harus berhati-hati dengan setiap keadaan, terutama kanak-kanak, kerana malang tidak berbau.

No comments

Powered by Blogger.