Header Ads

5 Sebab Kenapa Ramai Anak Muda Sekarang Silap Urus Perbelanjaan Dan Muflis


Individu yang berusia dalam 20-an selalunya daripada golongan mereka yang lepasan kolej atau universti yang masih baru menempuhi alam perkerjaan dan tiada pengalaman dalam kehidupan baru ini.

Tiada ilmu dan juga panduan yang sesuai menyebabkan mereka akan melakukan kesilapan dalam pengurusan kewangan, perbelanjaan dan akhirnya muflis.

Melalui laporan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) 5 kesilapan dan kesalahan yang berikut menjadi punca utama mereka gagal dalam mengurus kewangan yang menyebabkan muflis.

5 Kesilapan Anak Muda Urus Wang


Membeli Kereta Baru


Membeli kereta tidak mengikut kemampuan sedangkan baru sahaja berkerja. Kereta adalah keperluan, pembelian kereta harus mengikut kadar pendapatan dalam sebulan agar tidak menganggu untuk perbelanjaan lain.

Berbelanja Dengan Kad Kredit


Kad kredit adalah amat berbahaya kepada pengguna yang boros dan tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi. Caj yang tinggi akan dikenakan setiap bulan sekiranya anda gagal membuat pembayaran. Semua ini akan menjadi beban yang harus ditanggung setiap bulan.

Masih Amalkan Gaya Hidup Yang Mewah



Berbelanja mewah ketika masih belajar kita menggunakan duit ibu dan ayah. Tetapi setelah berkerja gaya hidup mewah tidak boleh lagi diamalkan kerana setiap bulan anda mempunyai berbagai komitmen dan bayaran harus dilakukan. Pastikan berbelanja mengikut keupayaan dan kemampuan diri.

Buat Pinjaman Pendidikan Tetapi Tidak Pasti Dengan Kerjaya


Terlalu ramai anak muda yang tidak membuat kajian terlebih dahulu tentang kerjaya akan datang sebelum membuat pinjaman pendidikan. Akhirnya, kesukaran pembayaran balik pinjaman pengajian menjadi masalah utama.

Bagi perempuan pula, apabila tidak pasti dengan kerjaya, akhirnya berkahwin dan hutang pinjaman tidak dibayar akibat menjadi suri rumah tangga.

Berhutang Untuk Majlis Perkahwinan


Majlis kahwin besar-besaran belum tentu menjaminkan kebahagiaan. Berhutang, dek kerana ingin hari bersejarah dilaksanakan secara mewah. Akhirnya selepas kahwin menanggung beban hutang yang tinggi iaitu hutang pendidikan dan juga hutang perkahwinan.

Sumber

No comments

Powered by Blogger.