Header Ads

5 Sebab Punca Wanita Chubby Hadapi Kesukaran Mendapatkan Jodoh


Setiap manusia mempunyai citarasa dan kegemaran masing-masing dalam apa juga keinginan, begitu juga apabila kita membicarakan soal jodoh.

Sesuatu yang cantik dan sempurna adalah idaman semua orang di dunia termasuklah lelaki yang inginkan pasangannya cantik, sedap mata memandang dan berbagai lagi keinginan mengikut selera sendiri.

Sekiranya hanya wanita yang cantik dan ramping sahaja yang diinginkan, bagaimana pula dengan wanita yang berbadan gempal?

Jangan risau, mengikut kajian wanita berbadan gempal juga mempunyai peminatnya yang tersendiri. Gempal atau chubby kebanyakannya dikategorikan sebagai cute atau pun comel.

Tetapi, mengapa ramai di antara wanita chubby kurang mendapat perhatian dan tidak menjadi pilihan lelaki pada masa kini?

Berikut adalah kenyataan yang menjelaskan mengapa wanita berbadan gempal agak sukar mendapatkan jodoh.


5 Sebab Wanita Berbadan Gempal Sukar Dapat Jodoh


1. Tidak menjaga kebersihan diri

Selalunya mereka yang berbadan gempal pasti akan cepat berpeluh dan seterusnya badan akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Dan ini akan menyebabkan lelaki akan menjauhinya kerana bau badan yang tidak dijaga.

2. Terlalu selesa jadi diri sendiri

Sekiranya anda berfikir untuk menjadi diri sendiri pastinya tak akan ke mana pun. “Don’t be yourself, be your best self” yang memberi maksud jangan jadi diri sendiri, sebaliknya jadilah yang terbaik untuk diri kamu sendiri.

3. Tidak mementingkan penampilan diri

Biasanya wanita berbadan gempal kelihatan lebih selekeh dan tidak mementingkan penampilan diri. Bagi mereka, mereka chubby dan tak mungkin ada lelaki yang mahu, jadi mengapa perlu cantik? Tanggapan itu salah sama sekali, wanita gempal akan tampak lebih cantik dan comel jika meneliti penampilan diri.

4. Tiada keyakinan diri

Tahap keyakinan di dalam diri harus tinggi dan wajib ada dalam setiap manusia untuk terus maju ke depan. Tidak semestinya anda gempal anda tidak akan berjodoh. Yakinkan diri dan berusaha bahawa wanita gempal juga boleh berjaya dan berkeyakinan tinggi.

5. Selalu salahkan lelaki

Mereka hanya tahu mengeluh dan melabel kaum lelaki sebagai ‘mata keranjang’, padahal mereka sendiri tidak mahu berubah untuk tampil lebih menarik. - Koleksi Viral

Sumber: Hanasuva

No comments

Powered by Blogger.