Header Ads

Akibat Kebakaran Wanita Maut Direbus Hidup-Hidup Dalam Tong Drum


Kalimantan, Indonesia - Dalam satu kebakaran tempat tinggal seorang wanita yang dikenali sebagai Yaya Julia 21 tahun, dia direbus hidup-hidup, lapor Kalamanthana.

Kejadian itu berlaku pada jam 2.30 pagi di Jalan Negara Muara Teweh, 16 buah rumah di sekitarnya termasuk kelab malam serta rumah pelacuran yang berdekatan turut hangus dalam kebakaran berkenaan.

Saksi mengatakan api telah marak dan muncul dari depan bilik di bangunan Wisma Primadona, punca kebakaran masih belum diketahui dan dalam siasatan.

Mangsa bersama rakan sebiliknya ketika itu sedang nyenyak tidur di bilik yang berada di tengah sebelum kedengaran jeritan Api! Api! dalam sekitar jam 1 pagi.

Mereka keduanya terus bangun untuk menyelamatkan diri dan keluar dari bilik berkenaan ke pintu depan, namu kerana api terlalu cepat marak mereka telah beralih ke pintu bahagian belakang, tetapi akhirnya gagal untuk berbuat demikian kerana bangunan kayu itu cepat dijilat api.


Keadaan menjadi semakin kelam kabut dan api terus marak serta merebak ke kawasan sekitarnya. Rina bertekad menarik Julia untuk terjun dari dapur. Tetapi mangsa merasa takut dan was-was serta memilih untuk masuk ke dalam tong drum yang berisi air yang berada di dapur.

Akhirnya Rina terpaksa terjun meninggalkan rakannya untuk menyelamatkan dirinya.


Anggota bomba yang bertugas memadamkan api telah berjaya menyelamatkan kebakaran berkenaan. Difahamkan mayat mangsa ditemui dengan masih berpakaian baju dalam dan seluar dalam sahaja. Keadaan mayat mangsa semasa ditemui seperti telah dimasak serta direbus.

Menurut laporan, mangsa bekerja sebagai penghibur dan tinggal di kawasan itu. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Muara Teweh sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan di kampung. - Koleksi Viral

Sumber

No comments

Powered by Blogger.