Header Ads

Akibat Sinusitis Kronik Wajah Seperti Dimakan Kuman Wanita Menderita 3 Tahun Dan Maut


My Tho Vietnam - Keinginannya untuk menjadi seorang pelakon kini berkubur begitu sahaja apabila dia kini menderita akibat penyakit yang memusnahkan hampir keseluruhan wajahnya seperti buruk dimakan kuman.

Tran Thi Yen Nhung, 28, terseksa apabila disahkan menghidap sinusitis sejak 3 tahun lepas dan kini menderita akibat penyakit kronik ini.

Sesiapa pun yang memandangnya pasti akan berasa kasihan begitu juga keluarganya yang kini tiada pilihan kerana tidak sanggup melihatnya menderita. Keluarganya telah membenarkan dia diubati dan memberi kebenaran untuk melakukan pembedahan ke atasnya.

Cantik, wajah Tran sebelum dijangkiti penyakit Sinusitis - Foto Daily Star

Difahamkan, pembedahan yang telah menyebabkan jangkitan itu kian merebak ke seluruh muka mangsa dan keadaan penyakitnya semakin kronik yang telah memusnahkan mulut serta hidungnya malah juga menarik perhatian lalat di sekitar.

Akibat penyakit yang dialaminya mangsa dikhabarkan menghadapi kesukaran untuk melihat serta tidak mampu untuk makan dengan sempurna. Dia memerlukan perhatian dan bantuan keluarga.

Pakar hidung dari Pusat Alergi dan Asma New York, Wellington S. Tichenor berkata jangkitan Nhung berkemungkinan adalah kombinasi kulat dan rawatan awal yang tidak mencukupi.

Keadaan Tran Thi Yen Nhung pada satu ketika - Foto Irish Mirror

"Penyakit tersebut adalah berbeza di lokasi berbeza di dunia. Perbezaan iklim, ubat dan rawatan juga memainkan peranan," jelas Wellington.

"Melihat keadaan Nhung sangat menyedihkan kami. Dia tidak pernah tidak merasa sakit. Nhung pula bagaikan merayu supaya tidak lagi menghabiskan wang untuk rawatannya. Dia kata dia okey, dan dia tidak mahu kami menangis," kata ibu saudara Nhung, Tran Van Hong.

Kata Hong lagi, sudah berpuluh-puluh doktor membantu Nhung dan menjalani pelbagai terapi, tetapi usaha mereka hanya sia-sia.

Sumber: Sinar Harian

No comments

Powered by Blogger.