Header Ads

Akibat Tewas Di Batu Kawan Penyokong Fanatik Pulau Pinang Merusuh


Georgetown - Akibat tidak berpuashati dengan kemenangan pasukan pelawat dari Sarawak, di Stadium Negeri, Batu Kawan, rusuhan dan kekecohan berlaku di luar stadium apabila penyokong fanatik pasukan Pulau Pinang bertindak dengan melontarkan objek ke dalam stadium

Kejadian itu berlaku pada jam 11.20 malam ketika perlawanan itu hampir tamat dalam beberapa minit saja lagi. Lebih dari 100 orang penyokong Harimau Kumbang itu telah membaling mercun ke dalam stadium.




Difahamkan beberapa orang penyokong bertindak dengan melontarkan botol air ke arah anggota keselamatan dan juga mencetuskan provokasi, akhirnya mereka telah ditahan. Keadaan menjadi lebih kecoh mengakibatkan anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk meredakan keadaan.

Anggota FRU juga bertindak dengan pantas apabila berjaya menghalau keluar semua penyokong yang agresif dan keadaan telah berjaya dikawal.

Amaran telah diberikan kepada beberapa penyokong supaya tidak menyebabkan provokasi apabila Pulau Pinang kalah kepada Sarawak 0-1.

Sumber: Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.