Header Ads

Ary Malik Sedang Kritikal Akibat Mengidap Kanser Ovari


Kuala Lumpur - Ary Malik, seorang pelakon dan artis yang dikenali di Malaysia, dia kini dilaporkan sedang kritikal kerana mengidap kanser ovari tahap empat, lapor Harian Metro.

Nurita Maliha Aryanee Malik, 46, atau Ary Malik, telah dikesan mengidap kanser ovari sejak setahun lalu, jelas suaminya Shahrul Nizam Shaharuddin, 46, atau lebih dikenali sebagai Shahrul Bromo.

Menurut suaminya, melalui pemeriksaan awal yang dilakukan doktor selepas Ary mengadu kerap sakit di bahagian perut, doktor menganggap ia hanya ketumbuhan biasa tetapi selepas pembedahan doktor telah mengesahkan Ary mengidap kanser.

Difahamkan, Ary juga telah membuat pembedahan untuk membuang kanser tersebut di Hospital Tunku Mizan di Wangsa Maju pada Mei tahun lalu.

Foto - Ary Malik
Ary telah dimasukkan ke hospital apabila keadaannya semakin lemah. Setelah dua hari dia berada di hospital, dia dapati tidak sedarkan diri sehingga kini.

Ary Malik juga pernah menyertai program realiti Masterchef Malaysia sebelum ini, kini dalam pemerhatian doktor di wad pengasingan di Hospital Ampang.

Menurut suaminya lagi, doktor mengatakan ketumbuhan kanser yang dihadapinya telah pun merebak ke bahagian otak.

Sumber: Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.