Header Ads

Beruang Matahari Menceroboh Masuk Ke Kuantan Tembeling Kondominium


Kuantan - Seekor beruang matahari dipercayai telah menceroboh masuk ke kawasan Kondominium Tembeling Kuantan yang terletak bersebelahan hutan simpan.

Haiwan pemangsa ini dikatakan sering berkeliaran di kawasan penginapan hotel yang mengakibatkan keresahan serta kebimbangan pihak pengurusan dan juga pengunjung.

Difahamkan, kejadian yang terbaru terjadi pada jam 3 pagi semalam dan seorang pengawal keselamatan telah terdengar bunyi tong sampah jatuh akibat penangan beruang tersebut.


Ekoran kejadian itu, pengawal keselamatan yang terkejut dengan kehadiran haiwan pemangsa berkenaan bertindak membaling cota kayu dengan tujuan untuk menghalau beruang berkenaan, akhirnya haiwan itu telah masuk ke hutan semula.

Menurut sumber, beruang-beruang yang memasuki ke kawasan ini dikatakan kelaparan serta datang ke sini untuk mencari makanan dengan menyelongkar tong sampah yang berada di kawasan itu.

Terdahulu, pihak perhilitan juga telah memasang perangkap di kawasan blok c namun tiada beruang yang terperangkap.

Kamera litar tertutup (CCTV) juga telah dipasang dan berjaya merakamkan kedatangan haiwan itu ke kawasan berkenaan pada 27 Januari lalu pada jam 8.30 malam.




Sehingga kini belum ada kes yang mengakibatkan kecederaan akibat beruang tersebut tetapi berita ini sangat merisaukan pihak pengurusan dan juga akan menjejaskan kehadiran pengunjung ke tempat berkenaan.

Sumber: Sinar OnlineSim Chon Siang 沈春祥

No comments

Powered by Blogger.