Header Ads

Buku Yang Akan Merosakkan Pemikiran Kanak-Kanak Sedang Tular Di Media Sosial


Satu buku kanak-kanak yang mengejutkan ramai berjudul 'Aku Berani Tidur Sendiri' kini sedang tular dan heboh diperkatakan di media sosial Indonesia.

Buku yang dikeluarkan oleh satu syarikat tempatan Indonesia itu mendapat kecaman hebat netizen apabila pengisiannya menjurus kepada pembelajaran seks yang dikatakan tidak sepatutnya didedahkan kepada kanak-kanak.

Difahamkan, pengeluar buku berkenaan juga telah memberhentikan keluarannya di atas desakan ibu bapa dan orang ramai yang beranggapan ia akan merosakkan pemikiran kanak-kanak.


Buku itu jika dilihat di kulit depannya kelihatan seperti biasa-biasa saja dan kita tidak mengesyaki apa-apa sekiranya tidak membuka serta membaca isi kandungan buku tersebut.

Di muka depan buku itu terpapar satu lukisan seorang kanak-kanak lelaki yang sedang tidur dan memeluk bantal goleknya.


Walaupun buku tersebut telah dihentikan pengeluarannya, adalah tidak mustahil sekiranya ia akan sampai ke Malaysia.

Ibu bapa perlu memberi perhatian penuh sekiranya ingin membeli sebarang buku untuk bahan bacaan kepada anak-anak. - Koleksi Viral

Sumber: Sekoci HoaxesBunga M Aulia

No comments

Powered by Blogger.