Header Ads

Cara Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat Gunakan Halba, Serai Dan Kelapa Muda


Penyakit darah tinggi adalah antara penyakit memberhaya dan akan menyerang pesakit tanpa mengira tempat atau masa dan di usia muda atau pun tua. Penyakit ini juga dikatakan penyakit yang agak sukar untuk disembuhkan.

Namun begitu setiap penyakit di dunia ini pasti ada penawarnya dan kita hanya perlu berikhtiar untuk mencegah sesuatu penyakit itu agar tidak lebih melarat.

Pencegahan penyakit ini mungkin boleh dilakukan sekiranya anda memberi perhatian kepada penyebab, tanda awal dan punca darah tinggi.

Berbagai cara dan tips menurunkan tekanan darah tinggi boleh didapati pada hari ini, sama ada mengikut petua tradisional atau pun di atas nasihat doktor.

Satu perkongsian menarik tentang petua untuk darah tinggi dari pemilik akaun facebook Ummi Hias, beliau telah berkongsi bagaimana untuk mengawal bacaan tekanan darah tinggi dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang berada di rumah seperti serai, halba dan kelapa muda.

Menurut Ummi,suaminya telah mengamalkan petua ini dan belum pernah mengambil ubat-ubatan, sehingga kini suaminya sihat dan apabila berjumpa doktor ternyata tekanan darahnya stabil.


Petua Hilangkan Darah Tinggi


Bahan-bahan yang diperlukan;

7 biji halba
Sebiji kelapa muda yang berisi lembut
3 batang serai


Caranya;

1. Serai dan halba perlu dititik dalam erti kata perlu diketuk sedikit. Setelah itu masukkan kedua bahan berkenaan ke dalam kelapa muda seperti yang ditunjukkan di dalam gambar iaitu perlu dibuat lubang tanpa membuang airnya.

2. Buah kelapa yang telah dimasukkan kesemua bahan tadi perlu dipanaskan di atas dapur untuk tujuan pemanasan kesemua bahan.

3. Pastikan kelapa yang dipanaskan tadi betul-betul panas dan tidak perlu mendidih. Jangka masa untuk pemanasan mungkin mengambil sedikit masa memandangkan sabut kelapa terlalu tebal.

4. Setelah kelapa itu agak panas bersama kesemua bahan tadi, sila angkat dan tuangkan kesemuanya di dalam bekas minuman. Anda disarankan minum ketika airnya suam.

Tips tambahan dari Ummi ialah anda disarankan mengamalkan petua ini selang sehari selama 40 hari. Selepas selama 40 hari jika tekanan darah stabil, anda hanya perlu kekalkan hanya sebiji seminggu. - Koleksi Viral

Semoga bermanfaat.

No comments

Powered by Blogger.