Header Ads

Dia Seperti Dirasuk, Cerita Sebenar Kes Ibu Kelar Bayi 2 Bulan - Anak Saudara


Kota Bharu - Susulan kes ibu yang mengelar bayinya yang berusia dua bulan semalam di kuaters Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas, Kelantan.

Menurut perkongsian dari seorang pemilik akaun facebook yang dikenali sebagai Chika Ita Cool yang dipercayai anak saudara kepada ibu malang berkenaan iaitu suspek, menjelaskan bahawa dia tahu kisah sebenar di sebalik kejadian itu.

Oleh: Chika Ita Cool

Begini cerita yang sebenarnya. Suspek telah menyuruh suaminya pergi ke kedai untuk membeli roti. Suspek juga menyuruh kedua orang anaknya keluar dari rumah iaitu juga ke kedai. Suspek tidak pernah menyuruh anak-anaknya ke kedai tanpa pengawasannya.

Tetapi pada hari kejadian suspek seolah dirasuk dan inginkan kesemua orang yang berada di dalam rumah harus keluar. Selepas beberapa ketika, anaknya yang ke kedai tadi telah pulang ke rumah dan melihat suspek sedang menelefon suaminya.

Anaknya mendengar perbualan suspek iaitu menyuruh suaminya membuat laporan polis. Suami suspek merasa terkejut dan tertanya-tanya kenapa harus dilaporkan kepada polis. Akibat terkejut dengan kata-kata suspek, suaminya dengan segera pulang ke rumah.

Apabila suami suspek tiba di rumah, suspek telah pun mengelar bayinya. Suaminya dengan segera memanggil beberapa pegawai-pegawai yang berada di kem tersebut untuk membuat laporan polis.

Menurut Chika Ita Cool, dia telah pergi ke kem di mana tempat kejadian berlaku. Melalui berita yang diceritakan oleh jiran suspek, dua atau tiga hari sebelum kejadian suspek pernah menceritakan kepada jirannya bahawa dia sering mendengar bisikan di telinganya dengan menyuruh beliau membunuh anaknya. Katanya, dia hanya memberitahu kepada jirannya sahaja dan tidak diceritakan kepada suaminya atau pun keluarga terdekat.

Jadi kesimpulannya di sini, Chika yakin bahawa ibu saudara Chika tidak melakukan seperti mana yang terjadi iaitu mengelar anaknya sendiri dan Chika ingin betulkan fitnah-fitnah yang tersebar di facebook.

Menurut kata Chika lagi, kuarters tempat tinggal suspek adalah kuarters yang agak lama maksudnya berkemungkinan ada penunggu. Tambahan pula suspek sering tinggal berseorangan.

Katanya, bisikan tersebut sering datang apabila suspek sedang keseorangan. Biasanya ibu yang sedang berpantang emosinya akan terganggu dan tidak boleh menghadapi tekanan atau stress.

Chika Ita Cool berkata, dia berani tampil bersuara kerana semua yang diceritakannya adalah benar-benar belaka dan meminta semua pengguna facebook menyebarkan ceritanya ini jika perlu. - Koleksi Viral

Kenyataan dari Chika Ita Cool;

Terkini, laporan dari Harian Metro menyatakan jenazah bayi berkenaan Nur Areesa Sofea Jiri, telah pun selamat dikebumikan pada 3.15 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Mukim Jal Kechik, Tumpat.

No comments

Powered by Blogger.