Header Ads

Disebabkan Harga Minyak Naik Jamal Yunos Menyerbu Pejabat PM Esok

Kuala Lumpur - Datuk Seri Jamal Yunos telah memberitahu kepada semua bahawa dirinya telah difitnah yang berkaitan dengan serbuan ke pejabat Perdana Menteri esok untuk membuat bantahan tentang kenaikan harga minyak di pasaran Malaysia, lapor Sinar Online.

Pengerusi Gerakan NGO Malaysia ini juga memuat naik sekeping gambar di facebook beliau yang dipercayai adalah fitnah semata-mata ke atas dirinya. Jamal juga berkata, penyebaran maklumat tersebut adalah dengan niat jahat dan fitnah semata daripada orang tertentu yang bertujuan menjatuhkannya.

Kenyataan fitnah di facebook adalah seperti berikut, "Ayuh turun beramai ramai di hadapan pejabat PM, Putrajaya bersama Datuk Seri Jamal Md Yunos, Gabungan NGO Malaysia, ahli Umno dan rakyat Malaysia untuk membantah kenaikkan harga minyak yang membebankan rakyat. "Jam 10 pagi, esok...sila bawa kenderaan anda bersama,"

Ternyata status facebook berkenaan adalah palsu dan Jamal juga telah memberitahu bahawa dia mempunyai facebooknya yang sebenar iaitu Jamal Yunos.

No comments

Powered by Blogger.