Header Ads

DJ Radio Mati Ditembak Semasa Bersiaran Langsung Di Facebook Live


San Pedro De Macoris, Republik Domican - Seorang DJ radio ditembak mati ketika sedang bersiaran langsung di facebook live yang didengari serta ditonton oleh ribuan orang.

DJ radio yang dikenali sebagai Luis Manuel Medina itu sedang mengendalikan satu program 'Milenio Caliente' di konti bersama beberapa rakan.

Ketika kejadian seorang wanita menjerit dengan kuat dan tiba-tiba pandangan Luis telah beralih kepada seseorang iaitu penyerangnya yang tiada dalam rakaman beberapa ketika sebelum berakhirnya siaran langsung berkenaan dengan tiba-tiba.

Berita Luis dan rakan kontinya Leonidas Martinez mati kerana ditembak semasa sedang menjalankan tugas terlalu pantas tersebar. Berita ini amat mengejutkan orang ramai kerana mereka baru sahaja mendengar Luis bersiaran di udara.

Menurut laporan, Dayanna Garcia de Fernandez yang juga seorang pekerja di situ turut mengalami kecederaan akibat ditembak, dia kini berada di hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Polis juga sedang menyiasat motif kejadian yang menyebabkan Luis ditembak mati dan seorang suspek yang menyerang dalam kejadian telah pun dikenal pasti.

Polis kini sedang menyiasat motif kejadian berkenaan dan sudah mengenal pasti seorang suspek penyerang.



Sumber: Sinar Online

No comments

Powered by Blogger.