Header Ads

Fasha Sandha Tampil Cantik Dengan Gaya Potongan Rambut Terbaru Boy Cut


Aktres cantik Fasha Sandha kini tampil dengan gaya potongan rambut terbaru boy cut yang menyerlahkan lagi kecantikannya yang tersendiri.

Pelakon popular ini dikatakan sanggup memotong rambutnya sedemikian kerana ingin menjiwai watak Tisha menerusi filem terbarunya Badang yang turut dilakonkan oleh Datuk Aliff Syukri Kamarzaman.

Dalam filem Badang terbitan FiTA Studios Sdn Bhd dan UiTM Holdings itu, watak Tisha sebenarnya dibotakkan oleh abangnya yang dilakonkan oleh Fauzi Nawawi tetapi demi menghormati senstiviti, Fasha telah menolak untuk melakonkan adegan tersebut.

Melalui filem di bawah arahan Pengarah Datuk Profesor Dr. A. Razak Mohaideen ini Fasha kelihatan semakin cantik apabila berambut pendek.

Berikut adalah beberapa gaya dan potongan rambut terbaru dari Fasha Sandha untuk semua peminatnya.


A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

No comments

Powered by Blogger.