Header Ads

Gambar 80 Ekor Burung Helang Jadi Penumpang Kapal Terbang Kecoh Satu Dunia


Anda pasti terkejut jika menaiki pesawat dan mendapati antara penumpang pesawat berkenaan adalah 80 ekor burung helang yang masing-masing duduk di kerusi penumpang.

Itulah kisah benar yang terjadi dan kisah burung-burung yang menaiki kapal terbang ini telah menjadi tular di media sosial dan difahamkan orang yang bertanggungjawab menularkan cerita ini adalah seorang pengguna laman sosial Reddit yang bernama 'Lensoo', lapor Mstar.

Menerusi Reddit, Lensoo menjelaskan gambar berkenaan telah dikirimkan kepadanya oleh seorang kawannya iaitu seorang kapten pesawat di mana gambar burung-burung tersebut telah diambil.

Katanya, kesemua burung berkenaan telah diikat sayapnya supaya tidak boleh terbang sebelum dibawa masuk ke dalam kapal terbang. Burung berkenaan juga dipercayai telah berada di dalam kapal terbang Qatar Airways namun tiada kesahihan yang membuktikan kenyataan itu benar.

Gambar burung helang ini jadi viral di media sosial telah mencetuskan perdebatan hebat di antara netizen yang mempersoalkan dakwaan Lensoo sama ada ia adalah burung helang atau Falcon (helang kecil).

Foto - Falcon
Adalah sesuatu yang mustahil jika anda seorang manusia biasa yang boleh membawa bersama 80 ekor Helang menaiki pesawat tetapi tidak bagi mereka seperti Putera Raja Arab Saudi yang mempunyai banyak wang dan mampu membeli tiket khas untuk helang berkenaan.

Sumber: Mstar, DailyMail & Reddit

No comments

Powered by Blogger.