Header Ads

Gambar Viral Mee Azam Tidak Halal Adalah Fitnah Semata-Mata


Shah Alam - Heboh di media sosial berkaitan dengan mee azam yang dikatakan tidak halal dan syarikat itu dimiliki oleh orang cina.

Bagaimana pun, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) tampil bagi menjelaskan hal yang sebenar. Menurut JAKIM gambar yang sedang viral di media sosial yang berkaitan dengan jenama Azam ada tidak benar sama sekali.





Kes mee azam tidak halal pernah diviralkan pada tahun lepas dan kini sekali lagi heboh diperkatakan di media sosial. Gambar lelaki cina yang sedang memijak mihun berkenaan adalah gambar yang dipercayai dari luar negara dan tiada kaitang langsung dengan syarikat mee Azam.

Gambar viral yang menunjukkan serbuan dari pihak penguatkuasa KPDNKK disertai agensi penguatkuasa halal negeri bersama JAKIM itu adalah kes yang lama berkaitan dengan penggunaan logo halal yang dikatakan telah pun selesai.

Melalui Bahagian Hab Halal agensi berkenaan telah pun menjelaskan bahawa syarikat Mee Azam Tekad adalah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga sekarang.

Informasi berkaitan dengan premis yang menjual makanan halal boleh disemak melalui direktori yang disediakan iaitu di www.halal.gov.my atau boleh juga dilayari melalui aplikas telefon pintar iaitu MyJakim.

Sumber: Sinar Online

No comments

Powered by Blogger.