Header Ads

Harga Daging Lembu Dicampurkan Dengan Daging Babi Amat Murah Dan Dijual Kepada Orang Ramai


Jember - Kecoh di media sosial memperkatakan penjual daging menjual daging lembu bercampur dengan babi hutan dan dijual kepada orang ramai di sebuah pasar di Jenggawah, daerah Ajung, semalam.

Polis telah menyerbu kedai yang menjua daging dan telah menahan seorang penjual daging bersama rakannya kerana disyaki menjual daging yang telah bercampur dengan daging babi hutan.

Laporan portal Kompas mengatakan lelaki yang dikenali sebagai Abu Nimin berusia 55 tahun telah membekalkan daging babi hutan kepada seorang lelaki yang dikenali sebagai Hasan, 53 tahun iaitu pemilik kedai berkenaan.

Siasatan polis telah dibuat apabila orang ramai mengesyaki suspek menjual daging lembunya dengan harga yang lebih murah berbanding peniaga lain di pasar berkenaan.

Hasil siasatan dan risikan yang dilakukan oleh polis, polis berjaya menahan pembekal daging babi hutan dan juga pemilik kedai yang menjual daging berkenaan.

Menurutnya, beberapa daging babi hutan yang digantung di kedai lelaki itu untuk dijual sebagai daging lembu, dirampas.


Sementara itu, Hasan berkata, dia sudah setahun menjual daging babi hutan dengan membeli daripada Abu, 55, pada harga murah.

“Saya sebelum ini menjual daging lembu sepenuhnya namun untung sedikit kerana kerana harganya mahal.

“Saya mengambil keputusan mencampur daging babi hutan kerana harganya lebih murah dan mendapat keuntungan berlipat ganda,” jelasnya.

Difahamkan, daging babi hutan jauh lebih murah daripada daging lembu. Penjual daging lembu akan mencampurkan daging babi hutan untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda sebelum dijual kepada orang ramai.

Orang ramai diminta berhati-hati ketika ingin membeli semua jenis daging kerana dikhuatiri dicampurkan dengan daging babi. Daging lembu dan daging babi mempunyai perbezaan yang ketara. - Koleksi Viral

Sumber: Harian Metro, Kompas

No comments

Powered by Blogger.