Header Ads

Ibu Kelar Bayi Sendiri Berusia Dua Bulan Sehingga Maut


Kota Bharu - Seorang ibu telah mengelar anaknya sendiri tanpa perikemanusiaan yang menyebabkan bayi perempuannya yang berusia dua bulan maut di kuaters Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas di sini, petang tadi, lapor Harian Metro.

Difahamkan bayi tersebut telah dikelar di bahagian leher dengan menggunakan pisau memotong sayur oleh ibunya sendiri yang berusia 32 tahun.

Menurut Ketua Polis Kelantan Datuk Sr Ab Rahman Ismail, bayi berkenaan telah ditemui berlumuran darah di atas tilam di ruang tamu rumah berkenaan.

Jiran mangsa yang menyedari sesuatu telah berlaku di rumah tersebut telah menghubungi polis untuk mendapatkan tindakan lanjut.

Apabila pihak polis tiba di lokasi kejadian, suspek masih berada di ruang tamu rumah berkenaan manakala mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah.

Difahamkan ketika kejadian dua anak suspek berlari keluar dari rumah selepas melihat kejadian itu manakala suaminya keluar ke kedai.

Polis memberitahu mangsa mungkin mengalami gangguan emosi dan siasatan lanjut akan dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian.

Mayat bayi berkenaan telah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat. Suspek juga telah ditangkap polis untuk siasatan lanjut.

Sumber: Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.