Header Ads

Ibu Muda Pun Boleh Meroyan, Saya Alami Sendiri Meroyan Selepas Bersalin

Meroyan selepas bersalin sedang hangat diperkatakan di media sosial kerana terjadinya satu kes ibu yang telah membunuh anaknya dengan tidak sengaja dan dipercayai sedang menghadapi penyakit meroyan.

Perkongsian kali ini daripada seorang ibu muda yang telah mengalami penyakit meroyan selepas bersalin. Beliau berkongsi bagaimana terjadinya meroyan dan juga tips serta cara untuk mengatasi meroyan.


Oleh: Ibu Muda

Salam semua.

Post partum depression atau meroyan memang real tau. Masa saya mengandung, saya dapat tau ada jiran yang baru lepas bersalin kerap menangis tiba-tiba tanpa sebab. Masa tu saya rasa macam tak logik. Sebab apa? Sebab tengok suami dan keluarga dia semua ok je baik dan dia pun bersalin anak ke 5 dah.

Logik tak logik sehingga la saya pulak mengalaminya sendiri. Walaupun mengalaminya sendiri masih terasa ketidaklogikan itu.

Apa yang berlaku pada saya selepas saya bersalin?

1. Saya kerap menangis. Kadang-kadang tiba-tiba rasa sedih la, sayu la dan terus menangis tanpa sebab.

2. Ini anak pertama saya sepatutnya mestilah sayang, suka bagai menatang minyak yang penuhkan? Tapi sebaliknya, tiada rasa sayang malahan rasa marah pulak pada baby.

3. Kalau baby menangis dan meragam memang rasa nak marah dan tak boleh nak bersabar.

4. Tetiba rasa macam tak layak nak jadi ibu. Rasa macam saya ni ibu yang teruk dan jahat. Rasa saya bukan yang terbaik untuk baby.

5. Yang ni memang rasa macam tak logik. Tapi memang betul terjadi. Boleh pulak fikir kenapa saya ni wujud dalam dunia. Dah boleh jadi ibu pulak dan persoalan kenapa, kenapa dan kenapa terus menerus dipersoalkan dalam benak fikiran saya.

6. Terasa diabaikan terutama rasa diabaikan suami walaupun hakikatnya tak pun.

Bila dah habis berpantang dan difikir-fikirkan semula memang semua yang terjadi tu tak logik tapi itu lah hakikatnya.

Tak mustahillah ada terjadi ibu-ibu dalam pantang baling bayi dari tingkat atas ke bawah. Marah pada baby dan dera baby. Nauzzubillahiminzaalik, minta dijauhkan dari perkara-perkara macam tu.

Jadi konklusinya untuk mengelakkan perkara berikut terjadi, ibu-ibu seharusnya sentiasa ingat pada Allah berzikir. Jangan duduk sorang-sorang di khuatiri syaitan akan menghasut.

Suami pulak kena pastikan keperluan isteri dalam pantang mencukupi dan terjaga. Kalau boleh upah orang untuk menemani dan membantu isteri dan menyediakan keperluan isteri seperti memasak dan menguruskan bayi supaya isteri mendapat rehat yang cukup dan cepat pulih.

Selain dari itu tetamu-tetamu yang eager sangat nak melawat orang lepas bersalin tu dinasihatkan tunggu la selepas 2, 3 minggu atau selepas pantang.

Kenapa? Sebabnya ibu lepas bersalin sangat memerlukan waktu untuk berehat. Kalau dah nak melawat jugak pilih la waktu yang sesuai dan jangan la sampai berejam melawat. Kalau yang bawak anak pula kawal la anak-anak. Budak-budak memang geram tengok baby nak picit la nk pegang la.

Sebagai parents tolong la kawal anak-anak. Terutama yang anak-anak jenis buas. Bayi tu kecik lagi dan mudah terdedah kepada kuman dan bakteria. Kadang-kadang perangai tetamu macam ni pun boleh buat ibu bersalin meroyan.

Nak pulak kalau yang datang melawat tu sibuk cerita pengalaman dia atau orang lain yang bersalin pulak. Kalau cerita yang boleh bawa pedoman takpe, ni cerita yang menakutkan.

Tak kurang jugak yang sibuk tanya bersalin normal ke bedah ke? Dan rentetan daripada tu ada pulak komen-komen yang kondem keadaan orang tu dan mempersoalkan keputusan doktor gayanya macam dialah doktor pakar sakit puan. Uish memang boleh membawa depression dan makin mengurangkan keyakinan ibu bersalin tu.

Kalau nak cerita bab melawat ibu bersalin ni boleh buat satu lagi confession baru kot. Sebab ramai tetamu yang tak fikir soal kesihatan ibu dan bayi bila datang melawat. Dibiarkan anak-anak tu melompat-lompat, memanjat di tepi bayi. Membuat bising dan mengacau bayi yang sedang tidur. Berborak-borak macam tak nak balik. Macam-macam lagilah.

Maaf penulisan tidak terancang dan kelam kabut. Tapi inilah luahan hati seorang ibu yang baru lepas bersalin. Harap-harap siapa yang membacanya lepas ni nak melawat orang yang bersalin fikir-fikirlah banyak kali dan kawallah tingkah laku.

Memang kalau orang yang mental state stabil akan kata tak logik sebab saya yang alaminya sendiri pun merasakan tak logik tapi itulah yang saya alami.

Ibu Muda.

Artikel berkaitan:
Meroyan - Jika Suami Faham Tanda Isteri Meroyan Mungkin Tidak Berlaku Sesuatu Yang Tak Diingini

No comments

Powered by Blogger.