Header Ads

Ibu Sakit Teruk Duit Tak Ada Nak Bawa Ke Hospital, Hanya Kerajaan Yang Boleh Bantu


Anda pasti tersentuh atau paling tidak terasa sedikit sedih di hati apabila melihat gambar-gambar ini, seorang anak lelaki bersama ibunya yang kelihatan begitu uzur, manakala anak lelaki menangis kesedihan mungkin mengenangkan nasib ibunya yang keuzuran.

Perkongsian ini dimuat naik oleh seorang individu yang dikenali sebagai Adin Alex menerusi akaun facebooknya. Sehingga kini gambar-gambar yang dikongsikan oleh Adin telah mendapat respon dari netizen dan lebih dari 4500 perkongsian.

Perkongsian yang ditulis Adin Alex berbunyi;

Mamanya sakit..
Tiada duit untuk bawa pergi ke hospital.
Hanya kerajaan boleh bantu dia orang.
Amin kan dia semoga cepat sembuh.
Doa kamu itu berharga boleh sampai dunia dan akhirat.



Menerusi gambar tersebut kelihatan seorang lelaki menangis mungkin kerana sedih dengan keadaan ibunya yang sedang sakit dan uzur. Mungkin dia sudah tidak tahu bagaimana untuk menolong ibunya sehinggakan dia menangis begitu.

Gambar-gambar berikutnya memaparkan seorang wanita warga emas yang sedang sakit bersama anak lelakinya. Pastinya mereka dalam kesedihan memerlukan pertolongan orang ramai.


Melalui perkongsian Adin Alex juga, ramai netizen telah menyatakan hasrat untuk menolong keluarga ini. Namun, tiada sebarang jawapan sehingga kini, baik dari Adin Alex sendiri atau individu di dalam gambar.


Alamat atau lokasi mereka tiada pula dinyatakan. Netizen hanya mampu membuat andaian dengan mengatakan mereka sekeluarga ini dari Sabah atau pun Sarawak.

Sekiranya anda mengenali atau mengetahui di mana lokasi mereka berada, sila nyatakan di sini. Kepada pihak yang berkaitan, bantulah mereka yang amat memerlukan bantuan. Semoga ada pihak yang sudi mengambil tindakan dan membuat siasatan. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.