Header Ads

Kenangan Terakhir Bersama Arwah Pelajar UiTM Jasin Yang Ditemui Mati Di Ladang Sawit


Kota Tinggi - Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jasin, Melaka, yang disangkakan mati dipatuk ular sebenarnya mungkin telah di bunuh kerana dijumpai satu tikaman di belakang badannya, lapor Harian Metro.

Muhammad Azim Nazri Samsuddin, 21, dikatakan sedang menjalani latihan praktikal di Ladang Teluk Sengat di sini dan mayatnya ditemui oleh pekerja ladang yang sedang mencarinya kerana tidak pulang selepas membuat rondaan di ladang kelapa sawit berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman, mayat mangsa ditemui pada jam 6 petang dalam keadaan kesan berlumuran darah dan terbaring kaku tidak lagi bernyawa.

"Dia ditemui masih berpakaian baju T berkolar berwarna biru dan terdapat nama Nazri bersulam serta berseluar jeans biru dan berkasut getah warna hitam, namun tiada sebarang dokumen ditemui pada mayat itu," katanya.

Mangsa dikatakan meminjam motosikal seorang pekerja ladang untuk meronda di kawasan itu sebelum seorang rakan sekerjanya yang masuk bekerja jam 3 petang mendapati mangsa tiada sebelum bersama beberapa lagi pekerja ladang mencarinya.

Sebilah pisau berukuran 36 sentimeter juga ditemui pada jarak 23.16 meter dari mangsa serta sebuah motosikal yang digunakan mangsa berada di tempat kejadian.

Pihak polis masih lagi menjalankan siasatan di atas kejadian ini dan siasatan menyeluruh dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Koleksi Viral

Kenangan Terakhir Bersama Arwah Azim



Seorang wanita yang dipercayai kenalan arwah telah memuat naik satu gambar kenangannya yang terakhir bersama arwah.

Assalammualaikum. Doakan arwah. Sedekahkan Al Fatihah. Selalu sangat nak post gambar ni. Tapi nak letak emoji kat muka. Lepas tu arwah kata. "Kalau nak letak emoji. Baik tak payah post. Lepas tu biar je. Then satu post kat twitter. Masa ni jumpa mama. Tu je lah last kenangan.

Muhammad Azim Nazri Bin Samsuddin. Semoga kau tenang disana. Allah lebih sayang kau. Ada hikmah semua ni jadi. 2014 - 2017. Kenangan.
Sumber: Berita Harian, Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.