Header Ads

Kenapa Isteri Tidak Suka Suami Lepak Di Kedai Makan? Ini Sebabnya..

Mengapa suami tidak digalakkan lepak di kedai makan? Sebenarnya tidak keterlaluan kalau dikatakan tidak semua isteri tidak suka suami makan di kedai makan. Mungkin ada sebab tertentu yang menyebabkan si isteri tidak suka si suami lepak di kedai makan. Mungkin dengan perangai suami itu sendiri.

Kedai makan pula tidak semua yang mempunyai pelayan cantik molek yang boleh menyebabkan si isteri cemburu jika si suami lepak di kedai makan berkenaan. Namun, si suami harus bijak memilih kedai makan supaya tidak timbul rasa cemburu pada si isteri yang akan mengakibatkan gangguan pada rumah tangga yang dibina.

Perkongsian kali ini dari Puan Aifa Azlan yang pernah melalui situasi di mana pelayan kedai makan dari tanah seberang iaitu Siam telah menggoda orang-orang yang Puan Aifa sayangi. Jom baca, mungkin anda akan faham kenapa si isteri tidak suka apabila si suami lepak di kedai makan yang ada pelayan cantik.


Oleh: Aifa Azlan

Perempuan.

Perempuan sememangnya kaum yang lemah tetapi kita bukannya kaum yang bodoh dan senang diperbodohkan.

Aifa tak kisah orang nak buat andaian apa pun terhadap Aifa. I have own my reasons for what I've done. Aifa tak bagi suami Aifa lepak dekat kedai makan dengan member dia pun bersebab.

Dulu Aifa pernah bercinta dengan seorang hamba Allah ni dan masa terkantoi dia menjalinkan hubungan sulit dengan pelayan kedai makan tu. Ye lah hari-hari lepak di kedai tu dan pelayan tu pulak selalu panggil "abe, abe,abe nak make gapooooo? Maka terjatuh cinta tanpa sengajalah mereka berdua.

Tak lama kemudian pelayan tu call Aifa pakai nombor ex Aifa. Aifa ingat ex Aifa yang call bila jawab ambik kau suara perempuan. Aifa dah naik darah masa tu. Aifa cakap bagi phone ni dekat ez Aifa. Dia cakap ex Aifa pergi toilet. Kurang ajar tak? Masa tu jugak Aifa pergi cari di kedai tu.Yes jumpa. Mula-mula sekali Aifa pukul dulu ex Aifa tu. Memang aku sepak terajang lelaki tu. Kurang ajar sangat.

Selang dua tiga hari si pelayan tu datang cari Aifa. Datang dengan abang dia. Elok-elok bercakap dia bangun bagi penampar sebijik pada pipi Aifa. Aifa terkedu. Baru je Aifa nak angkat tangan nak balas balik, abang dia datang pegang tangan Aifa.

Drama ini disaksikan juga oleh Nabilah Huda Azlan. Adik mana yang tak marah bila orang sakitkan kakak dia kan? Jadi adik Aifa bangun menjerit "bakpo mu tapa kakngoh aku nyo? dia ada napa mu ko"? Pelayan gila tu jawab, "Ikut aku la. Kakngoh mu sapo. Anak rajo ko aku takleh tapa"?

Berderau darah masa dengar ayat tu. Balik je rumah Aifa ceritakan A sampai Z dekat mak Aifa. Mak mana tak marah kan bila orang buat anak dia. Mak Aifa call ex Aifa mintak nombor pelayan tu. Mak Aifa warning kalau dia berani datang dekat dengan Aifa lagi mak Aifa akan buat report polis.

Ada satu lagi kes pasal pelayan ni. Ayah Aifa dia pegi minum air dekat satu kedai ni. Masa tu dalam pukul 4 petang. Minum dengan kawan-kawan kerja dia je. Kedai tu ada pelayan jugak. Siam mari. Tapi masa tu takde pun pelayan duduk semeja.

Aifa nampak kereta ayah Aifa dekat kedai tu. Aifa apa lagi naik darah la. Mak ada sekali time tu dengan Aifa. Aifa masa tu duduk seberang jalan. Aifa menjerit "Ayoh! Balik!". Semua kawan-kawan ayah pandang Aifa. Ayah cakap "ho meta lagi ayah balik".

Aifa menjerit lagi, "takdok meta-meta lagi, kelik selalu, wat gapo gak make kedai pelaye siam ni ha!!!! kelik slalu".

Serius Aifa memang allergik dengan pelayan kedai makan yang jenis gelenya (gatal). Yang jenis suka duduk seemeja dengan lelaki. Aifa selalu warning suami Aifa kalau dapat tahu dia pegi kedai makan ada pelayan siap dia.

Nasib awak la Firdaus dapat isteri macam saya. Setiap orang, lain dia punya ujian. Awak diuji hebat bila dapat wife macam saya. Saya buat semua ni bersebab tau. Bukan saja-saja. - Aifa

No comments

Powered by Blogger.