Header Ads

Keputusan STPM 2016 Akan Dikeluarkan Pada 28 Februari


Putrajaya - Kepada calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016, kini boleh menarik nafas lega kerana keputusan peperiksaan akan dikeluarkan tidak lama lagi, lapor Harian Metro.

Keputusan peperiksaan STPM 2016 secara rasminya akan dikeluarkan pada tarikh 28 Februari 2017 ini, jelas Mohd Fauzi Mohd Kassim, Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia.

Calon STPM juga boleh menyemak keputusan mereka melalui Sistem Mesej Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip STPM RESULT dan menghantarnya ke 15888.

Calon sekolah juga boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai 12 tengah hari sementara calon persendirian individu akan memperolehinya melalui pos.

"Ia juga boleh disemak serta secara dalam talian dengan melayari portal Majlis Peperiksaan Malaysia di http://www.mpm.edu.my mulai jam 12.00 tengah hari pada tarikh berkenaan," kata dalam satu kenyataan.

Mohd Fauzi berkata, seramai 43,325 calon menduduki peperiksaan di 738 buah pusat di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 42,845 orang (99.10 peratus) merupakan calon sekolah kerajaan, 264 orang (0.61 peratus) calon sekolah swasta, 114 orang (0.26 peratus) calon persendirian individu dan 12 orang (0.03 peratus) calon sekolah kerajaan negeri.

Sumber: Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.