Header Ads

Kes Tenaga Pengajar Mengasari Pelajar Telah Selesai Setelah Mereka Berdamai


Jitra - Susulan kes guru atau tenaga pengajar yang mengasari pelajarnya sehingga jadi viral di laman sosial yang mendapat respon oleh netizen telah dianggap selesai lapor Harian Metro.

Menurut laporan, mangsa iaitu pelajar berkenaan bersama keluarganya serta tenaga pengajar tersebut telah mengambil kata sepakat untuk berdamai dan tidak ingin memanjangkan kes berkenaan.

Mengikut laporan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Hadi Hassan berkata mangsa bersama bapanya diikuti tenaga pengajar berkenaan yang dikatakan kurang ajar itu telah datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu pada 11.45 malam tadi. Kedatangan mereka ke balai adalah untuk berdamai.

Artikel berkaitan: Guru Biadap Pukul Dan Sepak Pelajar Ketika Sedang Mengajar, Sebarkan Supaya Diberi Pengajaran

Mereka telah membuat kata sepakat untuk menyelesaikan kes berkenaan di luar tanpa membabitkan pihak polis dalam erti kata berdamai secara sukarela dari kedua belah pihak.

Kes berkenaan dikatakan hanya salah faham mangsa yang sedang menjalani latihan praktikal dan berlaku sedikit kecuaian ketika waktu memasang alat penghawa dingin sehinggakan mencetus kemarahan tenaga pengajar tersebut terhadap mangsa.

Kes ini juga telah mendapat perhatian netizen sehinggakan viral di laman sosial tanpa henti. Disebabkan itulah pihak polis telah menghantar detektif ke pusat latihan berkenaan untuk mengambil keterangan mangsa serta membuat siasatan.

Mangsa juga telah dibawa oleh pihak polis ke Hospital Jitra untuk menjalani pemeriksaan dan disahkan tidak mengalami kecederaan serius, Mangsa cuma mengadu merasa pedih di bahagian pipinya.

Polis juga menasihatkan orang ramai agar tidak terus menyebarkan maklumat sesuatu kes tanpa bukti kukuh ke laman sosial yang akan menimbulkan kekeliruan dan juga kemarahan orang ramai.

Kes ini telah pun ditutup serta dianggap selesai setelah kedua mereka bersepakat untuk berdamai. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.