Header Ads

Kini Giliran Danny X-Factor Pula Menjadi Pemandu Uber

Foto - Twitter Danny X Factor
Zaman sekarang di Kuala Lumpur contohnya, penggunaan aplikasi uber dan grab sangat meluas yang digunapakai oleh pemandu teksi moden. Teksi moden ini memang menjadi perhatian warga kota kerana servis yang diberikan sangat berbaloi katanya.

Terkini seperti yang laporkan Harian Metro, sekarang giliran artis yang dikenali sebagai Danny X-Factor juga telah menjadi pemandu teksi moden ini.

Danny dikatakan menjadi pemandu uber sekadar memenuhi masa lapang dan menganggap perkerjaan ini sebagai hobi.

Difahamkan Danny juga masih lagi menguruskan perniagaan miliknya iaitu syarikat produksi dan menjadi pemandu uber hanya bersifat sambilan sahaja.

Heboh di media sosial mengatakan disebabkan Danny tak laku maka dia terpaksa menjadi pemandu uber. Penjelasan terbaru Danny menjawab segala dakwaan netizen yang tertanya mengapa Danny menjadi pemandu teksi.

Menurut Danny, semuanya berpunca apabila isterinya seorang pramugari iaitu Zaidatul Norfazlin tiada di rumah kerana berkerja lalu dia mengambil keputusan menjadi pemandu uber kerana berasa bosan duduk di rumah.

Sumber: Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.