Header Ads

Kisah Pemuda 28 Tahun Jatuh Cinta Dan Berkahwin Dengan Wanita Berusia 82 Tahun


Sulawesi Utara, Indonesia - Kisah menarik seorang pemuda berusia 28 tahun tidak menyangka sama sekali bahawa jodohnya bersama dengan seorang wanita yang berusia 82 tahun yang boleh dipanggil nenek.

Sofian Loho Dandel dari Pulau Mantehage, Minahasa Utara menjadi perbualan di media sosial apabila dia telah menikahi seorang nenek Martha Potu di Minhasa Selatan.



Menurut Sofian dia telah mengenali Martha sejak setahun lalu, semuanya bermula apabila Martha tersalah nombor dan dengan tidak sengaja mendail nombor telefon Sofian.

Menerusi portal Kompas, Sofian bekerja di sebuah bengkel dan dia telah menerima panggilan telefon dari orang yang tidak dia kenali, namu dia tetap menjawab dan cuba untuk berkenalan dengan wanita berkenaan. Semenjak dari kejadian itu mereka sering berhubung tanpa mengetahui umur masing-masing.

"Saya tidak pernah menyangka usia Martha seperti ini tetapi kami saling menyintai dan masih ingin meneruskan hubungan ini", kata Sofian.

"Saya juga tidak pernah jatuh cinta walaupun sekali dan sekarang saya telah jatuh cinta", ujar Sofian dengan ikhlas.



Akibat terlalu menyintai Sofian telah tekad untuk bertemu dengan Martha di Lelama, yang agak jauh perjalanannya dari tempat Sofian. Menurut Sofian lagi sewaktu pertama kali bertemu muka dengan Martha Sofian amat terkejut dan tidak menyangka sama sekali.

Setelah beberapa ketika selepas pertemuan yang dirancangkan, mereka telah berbincang untuk melangsungkan perkahwinan, namun niat baik mereka itu telah mendapat tentangan hebat dari beberapa pihak tidak bersetuju dengan mereka, terutamanya keluarga Martha. Mereka masih dengan keputusan itu dan ingin berkahwin.

Sofian telah menyampaikan niatnya kepada kedua ibu bapanya malah meminta mereka untuk membuat lamaran terhadap Martha dengan menyembunyikan usia bakal isteri yang dicintainya itu.

“Kami tidak tahu calon isterinya seorang nenek. Kami sangat terkejut namun apa lagi mahu dikata.

“Kami lihat mereka saling menyayangi, lalu bersetuju dengan pilihannya. Jodoh itu urusan Tuhan," kata ibunya, Magdalena, 60.

Difahamkan, martha kini tinggal seorang diri tanpa ditemani sesiapa kerana suaminya telah meninggal dunia lebih dari 10 tahun  yang lalu, manakala dua anaknya kini berada di Arab Saudi dan Jerman.

"Saya berdoa kepada Tuhan jika masih diizinkan dan diberi kesempatan, saya meminta ada suami yang boleh mengurus saya pada usia tua ini.

“Tak sangka Tuhan mengutus Sofian," kata Martha. - Koleksi Viral

Sumber: Harian MetroSuci Zshie Nhona SzchelleWedt

No comments

Powered by Blogger.