Header Ads

Kulit Kaki Kanan Belum Tumbuh Sehingga Ke Hari Ini, Bantulah Aqif Pesakit Epidermolysis Bullosa


Selayang, Selangor - Hati siapa yang tidak merasa sedih apabila melihat kanak-kanak ini menangis akibat menahan kesakitan penyakit yang dialaminya iaitu Epidermolysis Bullosa.

Kisah Aqif, 4, menjadi tular di media sosial kerana keprihatinan rakyat Malaysia yang sama-sama bersedih dengan nasib dan keadaan Aqif. Kanak-kanak usia sebegini yang masih tidak mengenal erti dosa dan pahala menanggung derita sebegini rupa.


Aqif menghidap penyakit yang mengakibatkan kerapuhan kulit sedari kecil lagi. Ketika Aqif berumur setahun, kulit pada tangannya baru sahaja tumbuh manakala kulit kaki kanannya masih lagi belum tumbuh sepertimana orang lain sehingga ke waktu ini.

Aqif dibelai dengan manja oleh kedua ibu bapanya yang turut bersedih dengan keadaan Aqif. Bapa Aqif berkerja sendiri manakala ibunya Umi Umeera seorang suri rumah tangga yang menjalankan perniagaan secara online dan dialah yang bertanggungjawab menjaga Aqif sepenuhnya.

Umi Umeera dan suami sebenarnya mempunyai 7 anak. Dua anaknya telah meninggal dunia akibat penyakit yang sama dihidapi oleh Aqif iaitu Epidermolysis Bullosa. Seorang anaknya telah dijaga oleh ibu Umi Umeera manakala empat lagi anaknya di bawah jagaannya dan suami.



Kos perbelanjaan untuk rawatan dan perubatan Aqif dalam sebulan dikatakan bernilai RM4,000 dan rawatan hanya dilakukan di rumah. Kulit Aqif harus di dressing sebanyak dua kali setiap hari. Kulit Aqif akan berbau dan bernanah jika tidak dilakukan dressing itu.

Satu kenyataan daripada Umi Umeera kepada perkongsian dari Nor Halmi Ahmad menyatakan, Aqif pernah mendapat bantuan setiap bulan sebanyak RM450 dari satu jabatan tetapi untuk tahun ini dikatakan permohonannya tidak diluluskan.

"Bukan rezeki Aqif lagi. Mungkin ramai yang lebih memerlukan dari Aqif," katanya menjawab soalan yang diajukan kepadanya.



Kepada semua rakyat Malaysia yang prihatin, marilah bersama-sama kita membantu meringankan beban Aqif dan keluarga. Setiap pemberian akan dikira sebagai amalan baik kita di dunia.

Sekiranya anda ingin membantu bolehlah menghubungi ibu Aqif, Umi Umeera di talian 017-6494405 atau anda boleh membuat sumbangan secara terus ke akaun Maybank Umi Umeera Binti Mazlan, nombor akaun 562405616166.



Setiap kebaikan yang kita lakukan pastinya dibalas juga dengan kebaikan. Bantulah Aqif dengan ikhlas dan semampu kita. Semoga bantuan orang ramai dapat memberikan semangat kepada Aqif untuk terus sihat seperti kanak-kanak yang lain. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.