Header Ads

Lelaki Dilarang Dekati Anjing Kerana Kesalahan Merogol Haiwan Itu


Hong Kong - Seorang lelaki dilarang mendekati anjing kerana dipercayai telah merogol haiwan itu semasa menunggu perbiacaraan di mahkamah.

Seorang saksi telah mendakwa dia ternampak lelaki itu Chung Lin-Fai, 58 telah mengumpan seekor anjing betina dengan makanan sebelum menuju ke dalam semak berhampiran, lapor Shanghaiist.

Menurut saksi berkenaan, dia telah menemui semula anjing berkenaan dan didapati anjing itu mengalami kecederaan, lalu membawanya ke klinik haiwan yang berdekatan.

Kawasan jenayah yang dilakukan Chung - Foto The MMA Community

Mengikut laporan doktor haiwan di klinik berkenaan dia telah menemui sejenis cecair air mani manusia yang ada pada haiwan berkenaan.

Lelaki ini telah dibebaskan untuk sementara waktu dengan jaminan polis sementara menunggu laporan ujian DNA dilakukan dan juga menunggu perbicaraan yang seterusnya.

Sekiranya Chung didapati bersalah dengan perbuatannya, dia berkemungkinan akan dipenjarakan selama 10 tahun diikuti denda.

Sumber: Sinar Harian, Takungpao

No comments

Powered by Blogger.