Header Ads

Lelaki Dipercayai Datuk Tunjukkan Alat Sulitnya Kepada Penjaga Kedai Wanita



Melaka - Seorang lelaki yang dipercayai gila seks dengan sengaja menunjukkan alat sulitnya kepada penjaga kedai wanita di Melaka Raya jadi viral di media sosial.

Menurut sumber, lelaki itu memasuki ke dalam kedai untuk membeli beberapa barangan keperluannya. Dia dikatakan dengan sengaja melakukan aksi sedemikian.


Pada mulanya dia akan melihat sekeliling terlebih dahulu sebelum bertanyakan banyak soalan-soalan kepada penjaga kedai wanita berkenaan. Secara tiba-tiba dia mengangkat bajunya serta membuka zip seluar lalu menunjukkan alat sulitnya tanpa segan silu.

Difahamkan, ada netizen yang mengenali lelaki berkenaan dan dikatakan beliau adalah seorang yang berpangkat Datuk dan berkhidmat dengan satu Majlis Perbandaran.


Dia juga dikatakan pernah mengusik rakan sekerjanya untuk kepentingan nafsunya, namun tiada sebarang tindakan diambil. Berkemungkinan juga mereka takut mengambil tindakan terhadap suspek berikutan dia adalah seorang datuk yang dikenali dan berpengaruh. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.