Header Ads

Lelaki Ditahan Polis Kerana Video Simbah Sperma Ke Baju Wanita Di Pasar Raya


Kuala Lumpur - Memalukan, seorang lelaki ditahan polis kerana didapati bersalah dengan menyimbah air mani atau sperma yang disimpan di dalam bekas kecil dan dipercayai melakukan onani di tempat lain sebelum membuat tindakan pelik itu, lapor Harian Metro.

Heboh di media sosial berkaitan dengan satu video membuktikan suspek melakukan kesalahan dengan menyimbah sperma ke belakang seorang wanita yang ketika itu sedang membeli belah di sebuah pasar raya di Jalan Klang Lama.

Dalam kejadian 5 petang itu, wanita yang berusia 20-an tersebut amat terkejut apabila didekati suspek dan mendapati ada cecair air mani yang melekat di bajunya pada bahagian belakang badan.

Bagaimanapun melalui rakaman litar tertutup (CCTV) dari premis berkenaan telah membuktikan suspek memerhati keadaan sekeliling terlebih dahulu sebelum membuat tindakan pelik itu kepada mangsa.

Pihak polis juga telah mengesahkan kejadian itu yang berlaku di sebuah pasar raya di Jalan Klang Lama. Melalui siasatan yang dilakukan polis mendapati cecair berkenaan disahkan air mani dan dipercayai lelaki itu melakukan onani sebelum memasukkannya ke dalam bekas yang dipegangnya dalam kejadian itu.


Ekoran kejadian berkenaan polis telah menahan seorang lelaki yang disyaki adalah suspek dan menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.