Header Ads

Lindsay Lohan Jadi Bualan Dengan Spekulasi Dia Telah Memeluk Islam


Spekulasi Lindsay Lohan telah memeluk Islam terus hangat diperkatakan di media sosial kerana Lindsay didapati telah memadam gambar-gambarnya yang terdahulu di laman instagram.

Netizen tetap mengatakan dia sedang memperdekatkan diri dengan agama Islam apabila dia memuat naik status Alaikumsalam di instagram.

Terkini, dia telah memuat naik gambar semasa lawatannya di Turki iaitu berkisar kehidupan baharunya, ini menguatkan lagi telahan netizen yang dia sudah memeluk Islam.


Laporan dari Sinar Harian, sehingga kini, belum ada kenyataan rasmi mengenai dirinya sama ada benar-benar sudah memeluk Islam atau sekadar mendalami ilmu Islam.

Sebelum ini, Lohan turut berkongsi sekeping gambar dengan kapsyen sepotong hadis di Instagramnya yang berbunyi;

“Apakah tindakan yang paling baik? Untuk menggembirakan hati manusia, untuk memberi makan yang lapar, untuk membantu yang tertindas, untuk meringankan kesedihan yang sedih, dan untuk menghapuskan penderitaan yang cedera. "(Bukhari).

Sebaik memuat naik gambar tersebut, Lohan terus dihujani komen-komen yang kebanyakannya mendoakan agar dia terus diberi hidayah.

Gambar tersebut seolah-olah menggambarkan Lohan diundang menjadi tetamu untuk sebuah program berbentuk Islamik.

Sumber: Sinar Harian, Lindsay Lohan

Artikel berkaitan:
Lindsay Lohan Tulis 'Alaikum Salam' Dan Padam Semua Foto di Instagram

No comments

Powered by Blogger.