Header Ads

Mayat Bayi Bersama Uri Dan Tali Pusat Ditemui Dalam Tandas Awam


Balik Pulau - Kejam, mayat seorang bayi lelaki yang dikatakan baru sahaja dilahirkan telah dijumpai di dalam sebuah tandas awam di Pantai Tanjung Asam, Teluk Kumbar pada hari ini.

Menurut laporan daripada Sinar Online, Ketua Polis Barat Daya, Superitendan Anuar Omar, bayi berkenaan yang masih mempunyai uri dan tali pusat telah ditemui oleh individu yang kebetulan melalui kawasan berkenaan pada jam 9.25 pagi tadi.

Mengapa bayi yang tidak mengerti apa-apa ini dibuang sedemikian rupa? Di mana perikemanusiaan si pelaku ketika membuang bayi ini? Tidakkah sesekali terfikir akibat dan dosa apabila membuang bayi ini?

Polis masih lagi menjalankan siasatan berkaitan dengan kes ini dan diharap si pelaku akan diberi hukuman setimpal. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.