Header Ads

Mayat Bayi Ditemui Dalam Bakul Sampah Asrama Perempuan Kolej Swasta


Kota Bharu - Seorang pengawal keselamatan asrama sebuah kolej swasta di Lembah Sireh menerima aduan daripada pelajar kolej berkenaan mengatakan terdapat darah yang agak banyak di atas cadar salah seorang pelajar di dalam bilik asrama tersebut.

Laporan dari Berita Harian, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner, Din Ahmad, berkata satu mayat bayi yang tidak diketahui jantinanya ditemui di dalam bakul sampah. Mayat bayi tersebut diletakkan di dalam plastik dan dibaluti dengan sehelai seluar yang berwarna hitam.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, difahamkan pengawal berkenaan telah mendengar perbualan empat orang pelajar perempuan berkaitan dengan cadar yang mempunyai darah dalam baldi milik salah seorang pelajar perempuan di dalam bilik asrama.

Menurut polis, seorang pelajar yang berusia 20 tahun telah disyaki terbabit dalam kejadian ini.


Ketika mayat bayi berkenaan dijumpai dipercayai pelajar berkenaan tiada di bilik itu kerana telah pergi ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk mendapatkan rawatan kerana dikatakan sakit perut pada jam 8 pagi,

Kes ini masih disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan pihak polis masih menunggu laporan bedah siasat yang lengkap.

Sumber: Berita Harian

No comments

Powered by Blogger.