Header Ads

Menakjubkan Muzium Di Dasar Laut Yang Pertama Di Dunia Telah Dibina


Muzium di dasar laut yang pertama dibina di dunia iaitu Museo Atlantico terletak di Pulau Lanzarote berhampiran dengan Pantai Bahia de las Coloradas, Sepanyol.

Muzium ini telah pun dirasmikan pada 10 Januari lalu dan proses pembinaan muzium unik ini mengambil masa selama 3 tahun untuk siap secara keseluruhan.

Jason deCaires Taylor adalah seorang pengukir arca yang berbangsa British bertanggungjawab mengukir 300 arca untuk dijadikan bahan pameran di muzium tersebut.

Tujuan utama pembinaan muzium ini di dasar laut adalah kerana ingin memberikan peringatan kepada semua orang mengenai tentang isu pemanasan global dan pencemaran alam sekitar.

Jika anda pergi ke Sepanyol, jadikan Museo Atlantico satu destinasi yang harus dikunjungi jika berada di sana. Pastikan juga anda berkebolehan berenang kerana cara untuk melawat muzium ini hanyalah dengan menyelam.













Sumber: Sinar Harian, Museo Atlantico

No comments

Powered by Blogger.