Header Ads

Menetap Di Korea 9 Tahun, Anak Kelantan Ini Sangat Fasih Berbahasa Korea Menjadi Tetamu Khas Program TV


Siapa sangka seorang lelaki yang berasal dari pantai timur iaitu negeri Kelantan fasih berbahasa Korea malah dijemput menghadiri satu program tv yang terkemuka di sana.

Muhammad Khalid, 29 tahun telah menetap di Korea Selatan selama 9 tahun dan juga telah melanjutkan pelajaran serta telah membina kerjaya yang amat bagus untuknya di sana.

Anda pasti kagum dengan kebolehan lelaki ini yang sangat fasih berbahasa Korea dan yang amat menarik dia telah diundang menjadi tetamu istimewa dalam satu rancangan terkenal di Korea iaitu Abnormal Summit.

Melalui program tv berkenaan, Muhammad Khalid dikehendaki menceritakan semua cerita yang menarik tentang Malaysia untuk tontonan seluruh rakyat negara itu.

Pencapaian anak Malaysia dari Kelantan ini pastinya mengembirakan semua dan dalam masa yang sama dia telah memperkenalkan nama Malaysia. - Koleksi Viral

Video ketika Muhammad Khalid di dalam program Abnormal Summit

No comments

Powered by Blogger.